News and Updates

Calendar

Thursday, 1 May 2014

MSSM Bahagian Kuching

Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Bahagian Kuching telah berlangsung selama 5 hari bermula pada hari Isnin 3 Mac 2014 bertempat di SMK St Joseph dan pada 4 Mac 2014 hingga 7 Mac 2014 kejohanan berlangsung di Padang Jubilee.

Sekolah telah menghantar seramai 15orang atlit dan diiringi oleh 3 orang guru iaitu Encik Hendrew Parnell, Encik Hamdan Mohamad dan Puan Hazel Jenniffer Then (Guru Pengiring).

Pada tahun ini, rekod pungutan markah pasukan sekolah adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lepas di mana tahun ini pasukan sekolah telah berjaya membawa pulang 1 pingat gangsa. Acara - acara yang telah menyumbang markah kepada pasukan sekolah ialah :

       1. Kamaliana Goh - Lompat Jauh - Perempuan 15 tahun - Tempat Kelima
       2. Deigo Bagio Ak Test - 5000M - Lelaki 15 tahun - Tempat Keenam (Gangsa)
       3. Harry Lee - Lompat Jauh - Lelaki 18 tahun -  Tempat Keenam
       4. Jonathan Laing - Lontar Peluru - Lelaki 18 tahun - Tempat Kelapan
       5. Deigo Bagio Ak Test - 1500M - Lelaki 15 tahun - Tempat Kelapan
       6. Silvia Liew - 200M - Perempuan 15 tahun - Tempat Kelapan

 Perbarisan pembukaan
 Lebih kurang 60 kontigen yang terlibat dalam MSSM Bahagian Kuching

 Pengumuman nama - nama atlit yang akan mewakili Zon Kuching
Antara atlit sekolah yang terlibat dalam MSSM Zon Kuching

Semoga penglibatan pelajar dalam Sukan Olahraga dan Balapan akan bertambah pada masa akan datang. 

***Majulah Sukan Untuk Negara ***

Wednesday, 30 April 2014

Kembara Alam Ke Gunung Gading

Program Kembara di Gunung Gading, Lundu telah dijalankan pada 18 April 2014. Kelab yang telah menganggotai program tersebut ialah Kelab Sains, Kelan Pecinta Alam Sekitar, Kelab Pengguna dan Kelab Bahasa Melayu. Seramai 40 orang pelajar dari kelab yang terlibat telah mengikuti program ini dan telah diiringi oleh 5 orang guru pembimbing iaitu Puan Lindon, Puan Rosni, Puan Jasmin, Puan Munes dan Puan Napisah.

Pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan kecil dan setiap kumpulan diminta untuk melaksanakan tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Selain itu, pelajar diminta untuk bekerjasama serta memastikan setiap ahli kumpulan melaksanakan tugasan yang telah diberikan.

 Guru Penasihat mengambil kehadiran sebelum membuat pendakian.
 Berehat sebentat sebelum meneruskan perjalanan
 Kawasan air terjun tempat berehat, mandi manda dan makan tengah hari sebelum berjalan balik
 Gambar kenang kenangan setelah penat mendaki
 Penyampaian hadiah kepada pemenang







Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Sumber maklumat diperolehi daripada
Guru Penasihat
Kelab Sains
Kelab Bahasa Melayu
Kelab Pecinta Alam
Kelab Pengguna